KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan anggota parti itu supaya tidak mempercayai dakwaan kononnya UMNO Sabah berpecah dan membentuk beberapa kumpulan akibat masalah dalaman parti itu.
Beliau berkata UMNO Sabah sememangnya terbahagi kepada beberapa kumpulan pemikir namun ia dilakukan bagi merangka pelan strategi lebih berkesan bagi memenangi hati rakyat, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Sehubungan itu beliau mengingatkan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab sebagai satu perang psikologi dan propaganda untuk memecah-belahkan kesatuan dalam parti itu.
"Kita bukan berpecah dari segi kepimpinan tetapi dipecahkan kepada beberapa kumpulan pemikir. Kita perlu kumpulan pemikir menggariskan pelan strategi dan hala tuju untuk parti sebagai persiapan menuju PRN akan datang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang tular di media sosial berhubung perpecahan UMNO Sabah, susulan pertemuan beberapa pemimpinnya termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru ini.
Bung Moktar berkata sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing, pemimpin berkenaan berhak mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, antara lain bagi menyampaikan isu dihadapi kawasan tersebut.
"Jika Ketua Menteri menghormati Kerajaan Perpaduan, beliau perlu memberi ruang untuk bertemu dan mendengar keluh-kesah rakyat terutamanya ADUN dari UMNO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Bung Moktar mengingatkan ahli parti agar tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut yang dimainkan pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
UMNO Sabah perlu bekerjasama parti lain PRN akan datang - Bung Moktar
UMNO Sabah mengakui tidak akan memperoleh kemenangan secara mutlak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.
UMNO Sabah konsisten berkhidmat untuk rakyat - Bung Moktar
UMNO Sabah akan konsisten dengan slogannya iaitu 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat di negeri itu.
Ada parti lain minat gabung dengan UMNO Sabah - Bung Moktar
UMNO Sabah akan perkukuhkan parti di semua peringkat terlebih dahulu sebelum memikirkan soal kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi PRN akan datang.
PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.
Generasi muda UMNO perlu sesuaikan diri dengan perubahan semasa - Bung Moktar
Ahli UMNO khususnya generasi muda perlu menghayati sejarah perjuangan parti itu seterusnya menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi membolehkan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.
'Ahli UMNO jangan jadi gunting dalam lipatan'
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan demikian akan membunuh perjuangan parti di negeri itu.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
Insiden pergaduhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu, dua individu terlibat dikenal pasti
Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.